Photobucket

Rabu, 21 November 2012

Rawatan Guasa

GUASA

GUASA merupakan suatu terapi perubatan tradisi masyarakat cina. Ia merupakan ilmu pengetahuan dan pengalaman yang diwarisi oleh nenek moyang sejak beribu-ribu tahun dahulu. Keunikannya telah menarik perhatian disebabkan oleh keberkesanannya yang mujarab untuk masalah demam, selsema, masalah saraf dan stroke. 

Alat-alat guasa yang digunakan pada zaman dahulu terdiri daripada duit syiling atau sudu seramik. Alat-alat ini akan dicelup didalam air ataupun minuman keras, kemudian digunakan untuk meraut pada permukaan kulit sehingga bintik-bintik merah kelihatan. 



ALAT GUASA KINI

Diperbuat daripada tanduk kerbau, ia mempunyai keupayaan untuk menyisihkan kehangatan patogenik dan menyingkirkan toksin badan. Ia tidak mengalirkan kepanasan atau elektrik atau mencederakan kulit.

Terapi Guasa ialah sejenis ‘manipulasi’ yang digelar ‘Tui’ dalam Terapi Orang Timur Tradisional. Proses ‘pengaktifan’ ini dapat:
  • Meningkatkan ‘qi’ positif (kandungan oksigen) dalam badan
  • Menyingkirkan ‘yang qi’ berlebihan (kepanasan patogenik dan kekeringan)
  • Merangsang laluan meridian untuk meningkatkan daya dalaman
  • Mengambangkan saluran darah untuk mempercepat peredaran ‘qi’ dan darah
  • Mempercepat proses detoksifikasi 
  • Tanpa sebarang kesan sampingan
  • Boleh dilakukan dengan berpakaian  

FAEDAH TERAPI GUASA

TERAPI GUASA adalah suatu teknik yang praktikal kerana ia boleh dilakukan pada bila-bila masa di mana jua kita berada!! Dengan hanya melakukannya selama beberapa minit setiap hari, InsyaAllah ianya cukup untuk memberikan kesan yang efektif terhadap kesihatan kita!!! CUBALAH SENDIRI!!!

  • Boleh dilakukan bila-bila masa dan di mana-mana sahaja
  • Tanpa sebarang kesan sampingan
  • Boleh dilakukan dengan berpakaian

KEBAIKAN TERAPI GUASA
  • untuk meningkatkan metabolisma
  • untuk meningkatkan sistem pengangkutan darah
  • untuk merangsangkan sel-sel badan dengan membekalkan oksigen yang mencukupi dan membuang darah statis
  • untuk menguatkan sistem pertahanan badan
  • untuk menyerikan kulit dan melambatkan proses penuaan
  • untuk menguatkan badan
  • untuk merawat pesakit
  • untuk menunjukkan sumber penyakit


 Dengan garis-garis merah seperti birat, sekali pandang, mungkin ada yang menganggap seseorang itu teruk didera. Tapi jangan salah sangka, ini sebenarnya satu terapi urutan tradisional Cina yang dinamakan guasa.

 Mengenai penggunaan papan yang diperbuat daripada tanduk kerbau, tanduk kerbau dipilih kerana mengikut kajian perubatan China ia mempunyai elemen sejuk. Dalam masyarakat China menerusi konsep keharmonian bertentangan yin dan yang, badan disifatkan sebagai panas.
 “Bintik-bintik merah gelap dan lebam menunjukkan ada penyakit yang lebih serius. Misalnya, jika terdapat warna merah yang sangat teruk di garisan kanan badan, ia menunjukkan pesakit ada masalah paru-paru manakala di bahagian kiri badan menunjukkan masalah jantung,”
 Mengenai penggunaan papan yang diperbuat daripada tanduk kerbau, tanduk kerbau dipilih kerana mengikut kajian perubatan China ia mempunyai elemen sejuk. Dalam masyarakat China menerusi konsep keharmonian bertentangan yin dan yang, badan disifatkan sebagai panas.
 “Bintik-bintik merah gelap dan lebam menunjukkan ada penyakit yang lebih serius. Misalnya, jika terdapat warna merah yang sangat teruk di garisan kanan badan, ia menunjukkan pesakit ada masalah paru-paru manakala di bahagian kiri badan menunjukkan masalah jantung,”
 “Bintik-bintik merah gelap dan lebam menunjukkan ada penyakit yang lebih serius. Misalnya, jika terdapat warna merah yang sangat teruk di garisan kanan badan, ia menunjukkan pesakit ada masalah paru-paru manakala di bahagian kiri badan menunjukkan masalah jantung,”





KOS RAWATAN :-

  • RM 30.00 + URUTAN KEPALA

BAGAIMANA UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN GUASA?

Anda boleh menghubungi perawat terlebih dahulu untuk mendapatkan rawatan ini. Sila hubungi :-

  • Nadhirah Mohamed Jamian 019-4750553 
    • Isnin-Jumaat (8.30pm - 11.30pm)
    • Sabtu-Ahad  (10.30am - 11.30pm)

  • Ahmad Saifullah Abd. Latif 019-4956553
    • Isnin-Ahad (8.30pm - 11.30pm)



Isnin, 19 November 2012

Bekam Lintah


Kisah Nabi Ayub dan Lintah

Asal usul lintah ini ada dalam sirah atau kisah nabi Ayub a.s yang badannya habis di makan oleh ulat. Baginda berdoa kepada Allah supaya hati dan lidahnya jangan dimakan oleh ulat tersebut kerana baginda hendak beribadat kepada Allah s.w.t.“ dan sesungguhnya nabi Ayub a.s merasa susah, kalau hati dan lidahnya dimakan ulat, kerana dia selalu sibuk bertafakkur dan berdzikir kepada Allah s.w.t ,kalau keduanya dimakan, maka dia tidak dapat lagi untuk bertafakkur dan berdzikir kepadaNya. Lalu Allah ta’alla menjatuhkan kedua ulat itu dari diri nabi Ayub a.s. maka yang satu jatuh di air, kelak menjadi lintah yang dapat menyebabkan orang sakit kekurangan(mengeluarkan) darah(kotor) dan yang satu lagi jatuh di darat yang kelak menjadi lebah, yang mengeluarkan madu yang mengandungi ubat untuk manusia…”






Penggunaan Klinikal
Penggunaan secara klinical pertama yang direkodkan terhadap lintah perubatan (Hirudo Medicinalis) berlaku kira-kira 2500 tahun yang lalu kerana gigitan lintah menyebabkan pendarahan luka kecil yang menyerupai venuos di kawasan tisu rosak, haiwan invertabrata kecil ini menjadi sangat bernilai kepada pembedahan plastic dan pembedahan pembinaan semula. Lintah tersebut menhasilkan beberapa jenis bahan penting yang membantu dalam gigitan iaitu bahan anti pembekuan darah dan vasodilator setempat. Bahan-bahan ini membolehkan pendarahan berterusan sehingga 48jam selepas lintah dipisahkan dari tempat luka.
Kelebihan yang ketara dan keselamatan penuh terapi lintah dikaji dari pengalaman manusia beratus tahun tanpa ragu.
Satu dari bahan pertama dijumpai dalam kelenjar liur lintah perubatan ialah hirudin (bahan yang menghalang proses pembekuan darah)
Kesan dari bahan aktif biologi keatas organisma hidup:
- menormalkan dan membaik pulih kitaran kapilari
- kesan anti-inflamasi yang amat cepat
- kesan anti stress dan adaptonege
- kesan immunostimulating dan immunomodulating
- anesthesia
- anti pembekuan
- kesan anti bakteria

Bekam lintah
Ia adalah proses membuang darah toksik dari dalam tubuh melalui permukaan kulit sebagai organ terbesar manusia. Lintah mempunyai enzim yang mencairkan darah sekaligus dapat melancarkan peredaran darah dalam badan.Bekam  lintah dikatakan teknik detoksifikasi yang berkesan dan dapat merawat pelbagai penyakit dan memulihkan fungsi tubuh.


Bahagian tubuh yang dipenuhi darah toksik selalunya berasa sakit, tegang, berdenyut, tidak selesa. Ketika rawatan, darah toksik pada badan yang sakit dikeluarkan. Apabila selesai, simptom penyakit akan mulai reda dan fungsi tubuh kembali kepada sepatutnya. Teknik bekam lintah yang diperkenalkan selamat dan tidak berbahaya, tetapi berkesan untuk mengubat dan mencegah penyakit. Dalam jangka masa singkat, bekam dapat memperbaiki sistem darah dan menjadikan tubuh lebih sihat.

1.Kesan Gigitan Membengkak
Luka yang berdarah adalah agen bakteria yang paling aktif. Ia perlu dicuci bersih dan di jaga dari habuk dan kotoran. Tangan dan kaki yang luka mudah di jangkiti bakteria atau kuman. Akibatnya kawasan luka tersebut terasa gatal dan membengkak.
Cara mengatasinya cuci bahagian yang terkena jangkitan bakteria tadi menggunakan sabun atau detol dengan bersih. 

2.Terasa Hendak Demam
Jika anda menjalani rawatan 2 jenis penyakit (14 ekor lintah) , mungkin anda akan terasa hendak demam pada keesokkan harinya. Ia bergantung pada kekuatan anti-bodi seseorang. Tetapi anda jangan risau, anda akan merasa lebih sihat pada hari-hari yang berikutnya. 

3.Darah Sukar Berhenti
Ia berlaku di sebabkan oleh beberapa faktor:-                  
Pertama- anda mempunyai darah kotor atau kolestrol dalam darah yang banyak pada bahagian tersebut dan tidak dapat di tampung oleh lintah,
Kedua - anda mempunyai jenis darah yang cair atau pengamal ubat pencair darah atas nasihat doktor.Kami nasihatkan supaya anda tidak perlu risau dan ia akan berhenti setelah kolestrol dalam darah dikawasan itu habis keluar dan darah mula membeku pada kesan gigitan . Anda dinasihatkan jangan menanggalkan darah beku pada kesan gigitan supaya tidak berlaku pendarahan semula. Jika berlaku ia hanyalah untuk sementara sahaja.
Anda tidak perlu risau, anda diberi makan 2 sudu jeli gamat gold sebaik sahaja selesai berbekam. Ini dapat membantu pemberhentian darah dari terus mengalir hasil dari gigitan lintah.

4.Kesan Gigitan Terasa Gatal
Cara mengatasinya: Sapu bahagian yang gatal dengan krim gamat.


KOS RAWATAN :-

  • 1 EKOR LINTAH = RM 10.00
  • 6 EKOR LINTAH = RM 50.00

BAGAIMANA UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN LINTAH?

Anda boleh menghubungi perawat terlebih dahulu untuk mendapatkan rawatan ini. Sila hubungi :-

  • Nadhirah Mohamed Jamian 019-4750553 
    • Isnin-Jumaat (8.30pm - 11.30pm)
    • Sabtu-Ahad  (10.30am - 11.30pm)

  • Ahmad Saifullah Abd. Latif 019-4956553
    • Isnin-Ahad (8.30pm - 11.30pm)

Refleksologi


REFLEKSOLOGI ialah teknik urutan pada titik reflek yang ada pada tapak kaki dan tangan. Titik reflek akan berhubung dengan organ-organ dan bahagian tubuh yang diwakilinya.Teknik perubatan ini sudah diamalkan berkurun lamanya oleh manusia terdahulu. Apabila perubatan moden muncul, kaedah ini mula dilupakan oleh manusia.


Sebenarnya, kaedah refleksologi adalah lebih baik daripada perubatan menggunakan ubatan-ubatan kimia dengan kaedah ini adalah semulajadi dan tanpa kesan sampingan. Ia adalah anugerah Allah kepada manusia.




Bagaimana Kaedah Refleksogi Berfungsi merawat penyakit?

Di tapak kaki dan tangan kita terdapat titik-titik reflek yang mewakili bahagian tertentu pada badan. Contohnya di kawasan ibu jari kaki dan tangan, terdapat titik reflek yang mewakili otak dan bahagian kepala. Jika kepala kita sakit, titik reflek itu akan menjadi terdapat "biji-biji" atau seperti benjolan kecil. Apabila kita mengurut pada biji-biji itu sehingga hilang, maka sakit kepala akan hilang. Jika kepala kita sembuh dengan makan ubat, biji itu secara automatik juga akan hilang.

Oleh itu, cara yang mudah ialah mengurut titik yang ada "biji" itu untuk menghilangkan penyakit daripada makan ubat untuk menghilangkan biji.





“Apabila seseorang itu berasa penat dan letih, pasti ada sesuatu yang tidak kena pada sistem tubuh mereka. Justeru, refleksologi adalah jawapannya kerana selain murah, ia juga diakui berkesan,” katanya.Pasti ada yang bingung memikirkan apa kaitannya urutan kaki dengan kesihatan sistem badan manusia. Sebenarnya, semua toksin yang tidak dapat dinyah keluar daripada badan berkumpul pada kaki, jadi apabila urutan dibuat, toksin akan mengalir dan keluar melalui sistem perkumuhan.
apabila teknik urutan kaki dibuat secara berkala misalnya seminggu sekali, kaki yang lenguh juga akan berasa lebih ringan.




FAKTA: Kelebihan refleksologi
  • Melancarkan pengaliran darah
  • Meningkatkan daya tahan individu
  • Mengurangkan risiko tulang reput
  • Menyeimbangkan kedudukan badan
  • Melancarkan pergerakan
  • Menguatkan otot kaki
  • Mengurangkan risiko kencing tidak lawas
  • Menguatkan tulang dan pinggul
  • Mengurangkan risiko sakit sendi
  • Mengurangkan rasa letih
  • Mengelak risiko sembelit
  • Mengurangkan masalah usus
  • Mengurangkan masalah pada bahagian peranakan

Kaki adalah anggota yang sangat kompleks, mempunyai 26 tulang, 57 sendi, 107 ligamen dan 19 otot. Jika berlaku sebarang kemalangan sehingga mencederakan tulang, sendi dan ligamen kaki, ia mampu memberi komplikasi kesihatan tubuh antaranya rasa lenguh pada lutut, tegang pada bahu dan masalah buang air besar. Malah, amalan dulu kala, wanita dalam pantang dinasihatkan supaya menjaga ibu jari kaki bagi mengelakkan berlaku tumpah darah.

Apa yang terjadi apabila toksin berlebihan berkumpul dalam badan?

Toksin yang berkumpul dalam badan boleh mengakibatkan tubuh berasa letih dan lemah. Mereka juga akan mudah dihidapi penyakit.

BAGAIMANA TOKSIN TERJADI

Amalan memakan makanan segera, berlemak, zat pengawet, perisa tambahan, pewarna tiruan dalam makanan dan minuman.
Radiasi daripada alatan elektronik seperti komputer, telefon bimbit dan televisyen.
Merokok
Memakan buah-buahan atau sayuran yang diawet dengan bahan kimia
Memakan daging merah yang diawet atau disejuk beku.



KOS RAWATAN :-

  • 30 MINIT = RM 25.00
  • 1 JAM     = RM 40.00

BAGAIMANA UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN REFLEKSOLOGI?

Anda boleh menghubungi perawat terlebih dahulu untuk mendapatkan rawatan ini. Sila hubungi :-

  • Nadhirah Mohamed Jamian 019-4750553 
    • Isnin-Jumaat (8.30pm - 11.30pm)
    • Sabtu-Ahad  (10.30am - 11.30pm)

  • Ahmad Saifullah Abd. Latif 019-4956553
    • Isnin-Ahad (8.30pm - 11.30pm)

Khamis, 1 November 2012

Pengenalan Tentang Bekam


PENYEMBUHAN PENYAKIT DENGAN KAEDAH BEKAM - AMALAN RASULULLAH SAW

Bekam adalah satu cara pengubatan yang disukai dan digalakkan Rasulullah SAW untuk umat Islam. Tujuan Bekam adalah untuk mengeluarkan darah yang mengandungi toksid (racun) yang berbahaya dari badan melalui permukaan kulit. Inilah satu cara "DETOKSIFIKASI" yang sangat berkesan/mujarab serta tiada kesan sampingan.

PERINTAHKAN UMAT KAMU SUPAYA BERBEKAM WAHAI MUHAMMAD !

Kepada setiap muslim dan muslimah di seluruh dunia,timur dan barat, saya menghadirkan di hadapan anda semua satu kekayaan terpendam, mutiara tersembunyi, sunnah yang dilupakan oleh ramai umat Islam khususnya, dan penyembuh segala penyakit dengan izin Allah SWT di mana Rasul dan kekasih kita Nabi Muhammad SAW bersabda:

"Sebaik-baik pengubatan bagi kalian ialah hijamah (bekam)"
"Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT"
(Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah r.a)

Pada malam aku diisra'kan,aku tidak melewati sekumpulan Malaikat melainkan mereka berkata, "Wahai Muhammad, suruhlah umatmu melakukan hijamah (bekam)."
(Sunan Ibnu Majah & Sunan Abi Daud)

"Jibril memberitakan kepadaku bahawa hijamah adalah cara pengubatan yang paling bermanfaat buat manusia."

"Berubatlah wahai hamba-hamba Allah SWT, sesungguhnya Allah tidak menciptakan sesuatu penyakit kecuali menciptakan ubat baginya... diketahui oleh yang mengetahuinya dan tidak diketahui oleh yang tidak mengetahuinya." (Disahihkan oleh Ibnu Hibban dan Hakim)

"Setiap penyakit ada ubatnya, apabila ubat tepat mengenai penyakit, maka akan wujud kesembuhan dengan izin Allah SWT." (HR. Muslim)

"Sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan ubat untuk setiap penyakit, maka berubatlah kamu, tetapi jangan berubat dengan sesuatu yang diharamkan." (HR. Abu Daud)

MUKJIZAT BEKAM

Orang-orang beriman baik lelaki atau perempuan pasti sangat rindu ingin mendengar sunnah Rasulullah SAW khususnya bekam. Ramai pesakit yang pernah menjalani terapi bekam ini menyaksikan dan merasai sendiri mukjizat kesembuhan dalam mengatasi penyakit-penyakit yang sukar di sembuhkan oleh para doktor. Sayangnya masih sedikit yang mengenali kaedah pengubatan ini. Bahkan dari kalangan terpelajar pun sedikit sekali yang pernah mendengarnya apalagi dari kalangan awam.

Setiap muslim dan muslimah tahu bahawa hadith-hadith Rasulullah SAW tidak pernah berubah dan berganti, kerana ia wahyu dari Allah SWT dan agama ini telah sempurna dan segala puji hanya bagi Allah SWT. Maka hadith-hadith yang berkaitan kaedah pengubatan dengan bekam, keutamaannya, hari-hari perlaksanaannya dan sebagainya adalah bersifat tetap tidak berubah.
Sungguhpun begitu saya memohon kepada Allah SWT agar mengurniakan kepada kita ilmu, pandangan yang mendalam dan keikhlasan dalam memberikan manfaat kepada seluruh umat Islam tanpa terkecuali,sesungguhnya Dia yang berkuasa ke atas sesuatu.

Menurut Ibnu Qoyyim Al-Jauziyyah dalam Thibbun Nabawi,bahawa pengubatan bekam harus dilakukan secara bersamaan dan berpadu dengan penggunaan bahan alami seperti madu,habbatus sauda,kismis,tamar dan lain-lain, disertai dengan zikir mahupun doa-doa Ruqyah Syar'iyyah,serta mengamalkan ajaran islam yang nyata.

'BEKAM' SUNNAH RASULULLAH SAW

Barangsiapa menghidupkan sunnahku bererti ia mencintaiku dan barangsiapa yang mencintaiku, maka ia akan bersamaku di dalam Syurga. (Al Hadis)

Penyembuhan dapat diperolehi dengan 3 cara:

Pertama > meminum madu.
Kedua > berbekam.
Ketiga > dengan besi panas - Dan aku tidak menganjurkan umatku melakukan penyembuhan dengan besi panas.

"Sesungguhnya pada bekam itu mengandungi penyembuhan"
"Rasulullah SAW melakukan bekam pada kepalanya dengan tanduk ketika disihir orang"

Dari Salma,seorang pelayan Rasulullah SAW bercerita:

"Tidak seorang pun mengadukan rasa sakit di kepalanya kepada Rasulullah SAW melainkan baginda berkata "Berbekamlah".
 Dalam hadis lain diceritakan:

"Jibril memberitakan kepadaku bahawa hijamah adalah cara pengubatan yang paling bermanfaat buat manusia"

PERINTAH BERBEKAM

Perawatan ini tidak perlu diragukan lagi kerana berdasarkan hadis-hadis yang banyak menerangkan kebaikan bagi orang yang mengamalkan bekam ini. Nabi Muhammad SAW merupakan insan pertama yang dibekam para Malaikat dengan perintah Allah SWT sebelum Isra dan Mi'raj. Penjelasan dalam hadith Riwayat Ibnu Majah menerusi Katjir bin Salim:
"Selama Aku berjalan pada malam Isra Mi'raj bersama para Malaikat,mereka selalu berkata "Wahai Muhammad,suruhlah umatmu melakukan bekam".
Sabda Rasulullah SAW : "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT".

KENAPA PERLU BERBEKAM???

Bekam merupakan teknik perubatan Sunnah Rasulullah SAW yang telah lama diamalkan oleh manusia sejak zaman dahulu kala,dan kini di modenkan mengikut kaedah-kaedah ilmiah dan kaedah efektif tanpa kesan sampingan.
Teknik perubatan bekam adalah suatu proses membuang darah kotor dan toksid melalui permukaan kulit. Toksin/toksid adalah endapan racun/zat kimia yang tidak dapat diuraikan oleh tubuh kita. Toksin ini berasal daripada pencemaran udara,mahupun dari makanan yang banyak mengandungi zat pewarna,zat pengembang,penyedap rasa,pemanis,racun dari sayuran dan sebagainya. Dan BEKAM adalah salah satu proses 'detoksifikasi' yang sangat berkesan dan mujarab serta tiada kesan sampingan. Berbekam juga sangat bermanfaat untuk mengubati orang yang keracunan makanan,bisa dan sejenisnya.

PANTANG LARANG BERBEKAM

1) Seelok-eloknya berpuasa atau 2 jam sebelum berbekam jangan makan makanan yang terlalu   mengeyangkan bagi memudahkan proses pengeluaran darah kotor.
2) Selepas berbekam hendaklah berehat dan jangan makan/mandi melainkan selepas sejam kemudian.
3) Jangan makan makanan laut untuk 2-3 hari selepas bekam bagi mengelakkan rasa gatal pada tempat bekam tadi.

KENAPA HARUS BERPUASA SEBELUM BERBEKAM

Pembekaman ketika perut kenyang boleh menyebabkan timbulnya penyumbatan darah atau berbagai penyakit kritikal yang lain, terutama bila makanan yang di jamah terlalu berat dan tidak sihat. Imam asy-Syuyuthi menyokong pendapat Ibnu Umar,bahawa berbekam dalam keadaan perut kosong itu adalah paling baik kerana ketika itu terdapat kesembuhan. Maka disarankan bagi yang hendak berbekam untuk tidak makan makanan berat seeloknya 2-3 jam sebelumnya.
Dalam satu athar disebutkan:

"Pembekaman yang dilakukan ketika haus,boleh membantu proses penyembuhan.Apabila dilakukan ketika kenyang,boleh menimbulkan penyakit.Bila dilakukan tarikh 17 juga boleh membantu penyembuhan."

FUNGSI & FAEDAH BEKAM

Bekam dapat memecahkan saluran darah tetapi tetap satu arah dan konsisten,diiringi dengan terbukanya sumbatan pembuluh darah,terutama pembuluh yang tidak banyak mengeluarkan darah.
Adapun faedah bekam di antaranya ialah membersihkan kulit tubuh secara lebih baik daripada mencuci darah. Cuci darah mungkin lebih baik untuk membersihkan bahagian tubuh yang lebih dalam. Bekam juga mengeluarkan darah kotor dari sekitar bawah kulit. Bekam pada bahagian bahu sangat berfaedah bagi mengubati penyakit bahu dan leher.

WAKTU-WAKTU YANG SESUAI UNTUK BERBEKAM

Dari Abu Hurairah yang berkata,Rasulullah SAW bersabda :
"Barangsiapa berbekam pada tanggal 17,19 dan 21,maka itu akan menyembuhkan semua penyakit."

Mengenai hari-hari dalam seminggu adalah digalakkan berbekam pada hari Khamis bagi mendapat berkat dari Allah SWT. Berbekamlah pada hari Isnin dan Selasa,kerana itu merupakan hari di mana Nabi Ayyub disembuhkan dari penyakit dan bala. Hindari berbekam pada hari Rabu kerana sesungguhnya penyakit kusta dan belang mula muncul pada malam Rabu dan hari Rabu.

Penulis al-Qanun mengatakan, "Rasulullah SAW memerintahkan agar kita menggunakan bekam bukan di awal bulan, kerana komposisi unsur-unsur darah belum bergelojak pada ketika itu, juga bukan pada akhir bulan, kerana pergolakan darah sudah berhenti tetapi yang paling afdal adalah pertengahan bulan, ketika komposisi unsur-unsur darah dan frekuensinya meningkat tajam kerana cahaya bulan yang juga memuncak frekuensinya.

Pemilihan waktu-waktu tersebut untuk melakukan pembekaman hanyalah sebagai tindakan berjaga-jaga sahaja,untuk menjaga kesihatan dan menghindarkan bahaya. Adapun begitu dalam soal rawatan pembekaman boleh dilakukan bila-bila masa mengikut keperluan dan kepentingan.

KEDUDUKAN TUKANG BEKAM.

Ibnu Abbas pernah berkata, Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Orang yang paling baik adalah seorang tukang bekam,kerana ia mengeluarkan darah,meringankan otot kaku dan mempertajamkan pandangan mata orang yang dibekamnya."
Dalam Sahih Bukhari dan Muslim diriwayatkan daripada Thawus, daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW pernah berbekam dan memberi upah kepada tukang bekamnya.


KEBAIKAN BERBEKAM

-Menghilangkan pengaruh sihir,bisa santau dan racun.
-Membantu menghilangkan pening dan migrain.
-Membantu membuang angin dalam badan,melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
-Membantu memecahkan lemak,peluh dan melegakan demam.
-Membantu melegakan ketegangan urat leher,bahu,belikat,pinggang dan urat sendi.
-Membantu mencegah dan meredakan serangan angin akhmar,kebas-kebas tangan dan kaki.
-Mengeluarkan darah toksid dan melancarkan peredaran darah.
-Membantu meringankan tubuh.Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
-Membantu menajamkan penglihatan.Peredaran darah ke mata tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.

KOS RAWATAN :-


  • 1 CUP = RM 5.00
  • SEPARUH BADAN = RM 40.00 (9-11 point)
  • SATU BADAN = RM 70.00 (15-17 point)
  • BEKAM SUNNAH = RM 50.00 (11 point)
  • KEPALA = RM 25.00 (1 point, 5 kali sedutan)

BAGAIMANA UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN BEKAM CUP/DARAH?

Anda boleh menghubungi perawat terlebih dahulu untuk mendapatkan rawatan ini. Sila hubungi :-

  • Nadhirah Mohamed Jamian 019-4750553
    • Isnin-Jumaat (8.30pm - 11.30pm)
    • Sabtu-Ahad (10.30am - 11.30pm)

  • Ahmad Saifullah Abd. Latif 019-4956553
    • Isnin-Ahad (8.30pm - 11.30pm)
 

Spaalternatif Copyright © 2012 Designed by Belldandy Fly