Penting!!!! : ELAKKAN MAKAN 2-3 JAM SEBELUM RAWATAN
Pemakanan Yang Baik Selepas Berbekam
1) Amalkan gaya hidup yg sihat - Jaga pemakanan seharian anda.
2) Minum madu asli ( original ) setiap pagi ( 1-2 sudu kecil madu yg dibancuh dlm air suam )
3) Biasakan diri makan habbatus sauda ( yg asli @ yg tlh diekstrak )...amalkan 2-3x sehari.
PANTANG LARANG BERBEKAM
-Hendaklah berpuasa 3 jam sebelum berbekam ( TIDAK boleh makan apa-apa 3 jam sebelum berbekam ).
-Selepas berbekam hendaklah berehat dan jangan makan/mandi & tidur melainkan selepas sejam kemudian.
-Jangan makan makanan laut ( seafood )untuk 2-3 hari selepas bekam bagi mengelakkan rasa gatal pada tempat bekam tadi.
"Berbekam pada pagi hari sebelum makan adalah yang terbaik,di dalamnya terdapat penyembuhan dan berkat,serta menambah kekuatan akal dan hafalan."
KENAPA DILARANG MAKAN SEBELUM & SELEPAS BERBEKAM???
Pembekaman ketika perut kenyang boleh menyebabkan timbulnya penyumbatan darah atau berbagai penyakit kritikal yang lain, terutama bila makanan yang di jamah terlalu berat dan tidak sihat. Imam asy-Syuyuthi menyokong pendapat Ibnu Umar,bahawa berbekam dalam keadaan perut kosong itu adalah paling baik kerana ketika itu terdapat kesembuhan. Maka disarankan bagi yang hendak berbekam untuk tidak makan makanan berat seeloknya 2-3 jam sebelumnya.
Dalam satu athar disebutkan:
"Pembekaman yang dilakukan ketika haus,boleh membantu proses penyembuhan.Apabila dilakukan ketika kenyang,boleh menimbulkan penyakit.Berbekam pada hari Selasa tanggal 17 adalah ubat untuk penyakit setahun."
"Berbekam pada pagi hari sebelum makan adalah yang terbaik,di dalamnya terdapat penyembuhan dan berkat,serta menambah kekuatan akal dan hafalan."
Apa kesannya apabila berbekam selepas makan dan makan selepas berbekam???
Kesan bekam selepas makan ialah badan akan jadi letih lesu dan tidak bermaya. Ada juga yang demam selepas bekam,kerana berbekam selepas makan boleh mendatangkan penyakit. Kerana itu di galakkan berpuasa sebelum berbekam dan kesan selepas bekam badan akan terasa ringan dan segar. Punca segala penyakit dalam tubuh badan kita sebenarnya adalah amalan pemakanan kita yang beraneka, yang banyak menggunakan serbuk perisa, bahan pengawet, kimia, pewarna dan lain-lain lagi. Itu yang menjadi toksid dan asid di dalam tubuh badan. Maka berbekamlah sekurang-kurangnya 3 bulan sekali untuk menjaga kesihatan tubuh badan kita. Kerana sihat itu satu anugerah yang tidak ternilai dengan wang ringgit yang kita ada.
76 Penyakit Yang Boleh
Disembuhkan Dengan
Bekam
1) Kegemukan
2) Penyakit kaki gajah
3) Sakit pinggang
4) Sakit perut
5) Sembelit
6) Gangguan jantung
7) Radang perut
8) Alergi makanan
9) Sengal tulang
10) Sesak nafas
11) Asma
12) Insomnia
13) Cirit birit
14) Kejang otot
15) Kencing manis
16) Gangguan pundi
17) Menggigil
18) Kencing malam
19) Tonsil
20) Gatal-gatal
21) Radang usus besar
22) Stress
23) Gangguan pundi hempedu
24) Pusingan haid tidak teratur
25) Masalah Ginjal
26) Tekanan darah tinggi
27) Sakit lutut dan sendi
28) Sakit kaki
29) Sakit tulang belakang
30) Gangguan jiwa
31) Stroke
32) Gout
33) Rematoid
34) Bisul
35) Kurang imun
36) Sinus
37) Sakit kawasan perut
38) Gangguan rusuk
39) Buasir
40) Mandul
41) Kuat tidur
42) Membaiki peredaran darah
43) Pembuluh darah sempit/sumbat
44) Sakit punggung
45) Badan kurus
46) Membuang tabiat merokok
47) Sakit bahu/tengkuk
48) Pekak
49) Jangkitan kuman
50) Kurang daya ingatan
51) Kurang fokus
52) Sakit punggung
53) Gangguan pundi
54) Kaki semut-semut
55) Salah urat
56) Lumpuh menyeluruh
57) Lemah syahwat dan masalah prostat
58) Pening kerana gangguan haid
59) Sakit paha dan tapak kaki
60) Sejuk tapak kaki
61) Tegang/gelisah
62) Tumor otak
63) Lutut yang kaku
64) Gangguan pankreas
65) Kejang-kejang
66) Bisu
67) Penyakit mata
68) Berhenti haid
69) Bengkak testis
70) Tekanan darah rendah
71) Penyakit rahim
72) Keputihan
73) Masalah kesuburan
74) Batuk kronik dan penyakit paru-paru
75) Sihir
76) Saka
*** Info Ringkas Tentang kaedah Bekam
Sunnah / Bekam Darah
KAEDAH BEKAM SUNNAH
Kaedah Bekam Sunnah
----------------------------
- Ia juga dikenali sbg bekam darah / al-hijamah dan ini adalah sunnah
- Umat Islam dianjurkan merasai bekam sunnah ini sekurang-kurangnya sekali seumur hidup
- Bagi org yg sihat dianjurkan menerima rawatan bekam sunnah ini selama SEBULAN SEKALI & bg yg berpenyakit hendaklah 2 MINGGU SEKALI
- Mampu menyembuhkan lbh dr 90 jenis penyakit
- Jurubekam wajib memakai sarung tangan untuk langkah keselamatan & ianya mestilah ditukar ganti utk setiap pesakit
- Jarum yg digunakan perlu PAKAI BUANG & setiap pelanggan akan diperuntukkan satu jarum baru
- Proses sedutan akan dibuat 2x bagi memaksimumkan pengeluaran darah kotor
- Di akhir rawatan, kawasan yg dibekam akan disapu dgn alkohol swab bg mengelakkan jangkitan kuman.
*** Soalan-soalan Lazim Berkaitan Bekam
1) Adakah kaedah bekam darah menyakitkan ?
Tidak,ini kerana kaedah bekam darah sekarang ini menggunakan sejenis alat canggih yang dipanggil PEN BEKAM.Tusukan yang dilakukan pada kulit oleh pen ini tersangat-sangat laju sehingga membuatkan anda tidak sedar yang tusukan sedang berlaku pada kulit anda.Kaedah tusukan ini mirip kaedah blood test atau ujian kencing manis.
2) Adakah selamat melakukan kaedah bekam darah?
Ya selamat,ini kerana kami menggunakan lancet (jarum) pakai buang,iaitu setiap pelanggan akan diperuntukkan sebilah lancet/jarum baru.
3) Apakah tarikh yang mustajab yang mampu memberikan kesembuhan maksimum untuk rawatan bekam darah ?
Tarikh yang mustajab berbekam ialah 17,19 dan 21hb kalendar islam,sebelum datang berbekam hendaklah perut dalam keadaan kosong.
4) Individu manakah yang dilarang keras berbekam darah ?
Individu yang dilarang berbekam darah ialah individu yang fizikalnya terlalu lemah,orang tua uzur,pengidap kanser darah,pengidap tekanan darah rendah serius,pengidap penyakit kulit serius dan juga wanita hamil 3 bulan pertama.
5) Kaedah bekam manakah yang memberikan kesembuhan maksimum ?
Kaedah bekam darah adalah kaedah yang memberikan kesembuhan maksimum pada pesakit amnya.
6) Kaedah bekam mana pula yang mendapat pahala sunnah bila melakukannya?
Kaedah bekam darah...
7) Berapa kerap kita perlu mendapatkan rawatan bekam darah ?
Bagi orang sihat,anda dianjurkan berbekam sebulan sekali dan bagi orang yang berpenyakit anda dianjurkan berbekam seminggu sekali untuk tiga kali sesi berturut-turut.
8) Apakah pantang larang selepas berbekam ?
Anda dianjurkan tidak boleh makan,mandi dan tidur selepas menjalani rawatan bekam.Untuk 2 jam berikutnya barulah anda boleh makan/tidur.
9) Apakah tips sebelum datang berbekam darah?
Dianjurkan berpuasa sehari sebelum temujanji bekam ataupun perut dalam keadaan kosong 2 jam sebelum berbekam.
Kos Rawatan
*** Juga menyediakan perkhidmatan ke lokasi pelanggan / rumah..Namun caj perjalanan akan dikenakan mengikut lokasi anda....TQ
Tiada ulasan:
Catat Ulasan