Kisah Nabi Ayub dan Lintah
Asal usul lintah ini ada dalam sirah atau kisah nabi Ayub a.s yang badannya habis di makan oleh ulat. Baginda berdoa kepada Allah supaya hati dan lidahnya jangan dimakan oleh ulat tersebut kerana baginda hendak beribadat kepada Allah s.w.t.“ dan sesungguhnya nabi Ayub a.s merasa susah, kalau hati dan lidahnya dimakan ulat, kerana dia selalu sibuk bertafakkur dan berdzikir kepada Allah s.w.t ,kalau keduanya dimakan, maka dia tidak dapat lagi untuk bertafakkur dan berdzikir kepadaNya. Lalu Allah ta’alla menjatuhkan kedua ulat itu dari diri nabi Ayub a.s. maka yang satu jatuh di air, kelak menjadi lintah yang dapat menyebabkan orang sakit kekurangan(mengeluarkan) darah(kotor) dan yang satu lagi jatuh di darat yang kelak menjadi lebah, yang mengeluarkan madu yang mengandungi ubat untuk manusia…”
Penggunaan Klinikal
Penggunaan secara klinical pertama yang direkodkan terhadap lintah perubatan (Hirudo Medicinalis) berlaku kira-kira 2500 tahun yang lalu kerana gigitan lintah menyebabkan pendarahan luka kecil yang menyerupai venuos di kawasan tisu rosak, haiwan invertabrata kecil ini menjadi sangat bernilai kepada pembedahan plastic dan pembedahan pembinaan semula. Lintah tersebut menhasilkan beberapa jenis bahan penting yang membantu dalam gigitan iaitu bahan anti pembekuan darah dan vasodilator setempat. Bahan-bahan ini membolehkan pendarahan berterusan sehingga 48jam selepas lintah dipisahkan dari tempat luka.
Kelebihan yang ketara dan keselamatan penuh terapi lintah dikaji dari pengalaman manusia beratus tahun tanpa ragu.
Satu dari bahan pertama dijumpai dalam kelenjar liur lintah perubatan ialah hirudin (bahan yang menghalang proses pembekuan darah)
Satu dari bahan pertama dijumpai dalam kelenjar liur lintah perubatan ialah hirudin (bahan yang menghalang proses pembekuan darah)
Kesan dari bahan aktif biologi keatas organisma hidup:
- menormalkan dan membaik pulih kitaran kapilari
- kesan anti-inflamasi yang amat cepat
- kesan anti stress dan adaptonege
- kesan immunostimulating dan immunomodulating
- anesthesia
- anti pembekuan
- kesan anti bakteria
- menormalkan dan membaik pulih kitaran kapilari
- kesan anti-inflamasi yang amat cepat
- kesan anti stress dan adaptonege
- kesan immunostimulating dan immunomodulating
- anesthesia
- anti pembekuan
- kesan anti bakteria
Bekam lintah
Ia adalah proses membuang darah toksik dari dalam tubuh melalui permukaan kulit sebagai organ terbesar manusia. Lintah mempunyai enzim yang mencairkan darah sekaligus dapat melancarkan peredaran darah dalam badan.Bekam lintah dikatakan teknik detoksifikasi yang berkesan dan dapat merawat pelbagai penyakit dan memulihkan fungsi tubuh.
Bahagian tubuh yang dipenuhi darah toksik selalunya berasa sakit, tegang, berdenyut, tidak selesa. Ketika rawatan, darah toksik pada badan yang sakit dikeluarkan. Apabila selesai, simptom penyakit akan mulai reda dan fungsi tubuh kembali kepada sepatutnya. Teknik bekam lintah yang diperkenalkan selamat dan tidak berbahaya, tetapi berkesan untuk mengubat dan mencegah penyakit. Dalam jangka masa singkat, bekam dapat memperbaiki sistem darah dan menjadikan tubuh lebih sihat.
1.Kesan Gigitan Membengkak
Luka yang berdarah adalah agen bakteria yang paling aktif. Ia perlu dicuci bersih dan di jaga dari habuk dan kotoran. Tangan dan kaki yang luka mudah di jangkiti bakteria atau kuman. Akibatnya kawasan luka tersebut terasa gatal dan membengkak.
Cara mengatasinya cuci bahagian yang terkena jangkitan bakteria tadi menggunakan sabun atau detol dengan bersih.
2.Terasa Hendak Demam
Jika anda menjalani rawatan 2 jenis penyakit (14 ekor lintah) , mungkin anda akan terasa hendak demam pada keesokkan harinya. Ia bergantung pada kekuatan anti-bodi seseorang. Tetapi anda jangan risau, anda akan merasa lebih sihat pada hari-hari yang berikutnya.
3.Darah Sukar Berhenti
Ia berlaku di sebabkan oleh beberapa faktor:-
Pertama- anda mempunyai darah kotor atau kolestrol dalam darah yang banyak pada bahagian tersebut dan tidak dapat di tampung oleh lintah,
Kedua - anda mempunyai jenis darah yang cair atau pengamal ubat pencair darah atas nasihat doktor.Kami nasihatkan supaya anda tidak perlu risau dan ia akan berhenti setelah kolestrol dalam darah dikawasan itu habis keluar dan darah mula membeku pada kesan gigitan . Anda dinasihatkan jangan menanggalkan darah beku pada kesan gigitan supaya tidak berlaku pendarahan semula. Jika berlaku ia hanyalah untuk sementara sahaja.
Anda tidak perlu risau, anda diberi makan 2 sudu jeli gamat gold sebaik sahaja selesai berbekam. Ini dapat membantu pemberhentian darah dari terus mengalir hasil dari gigitan lintah.
4.Kesan Gigitan Terasa Gatal
Cara mengatasinya: Sapu bahagian yang gatal dengan krim gamat.
KOS RAWATAN :-
- 1 EKOR LINTAH = RM 10.00
- 6 EKOR LINTAH = RM 50.00
BAGAIMANA UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN LINTAH?
Anda boleh menghubungi perawat terlebih dahulu untuk mendapatkan rawatan ini. Sila hubungi :-
- Nadhirah Mohamed Jamian 019-4750553
- Isnin-Jumaat (8.30pm - 11.30pm)
- Sabtu-Ahad (10.30am - 11.30pm)
- Ahmad Saifullah Abd. Latif 019-4956553
- Isnin-Ahad (8.30pm - 11.30pm)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan