Photobucket

Refleksologi


REFLEKSOLOGI ialah teknik urutan pada titik reflek yang ada pada tapak kaki dan tangan. Titik reflek akan berhubung dengan organ-organ dan bahagian tubuh yang diwakilinya.Teknik perubatan ini sudah diamalkan berkurun lamanya oleh manusia terdahulu. Apabila perubatan moden muncul, kaedah ini mula dilupakan oleh manusia.

Sebenarnya, kaedah refleksologi adalah lebih baik daripada perubatan menggunakan ubatan-ubatan kimia dengan kaedah ini adalah semulajadi dan tanpa kesan sampingan. Ia adalah anugerah Allah kepada manusia.




Bagaimana Kaedah Refleksogi Berfungsi merawat penyakit?

Di tapak kaki dan tangan kita terdapat titik-titik reflek yang mewakili bahagian tertentu pada badan. Contohnya di kawasan ibu jari kaki dan tangan, terdapat titik reflek yang mewakili otak dan bahagian kepala. Jika kepala kita sakit, titik reflek itu akan menjadi terdapat "biji-biji" atau seperti benjolan kecil. Apabila kita mengurut pada biji-biji itu sehingga hilang, maka sakit kepala akan hilang. Jika kepala kita sembuh dengan makan ubat, biji itu secara automatik juga akan hilang.

Oleh itu, cara yang mudah ialah mengurut titik yang ada "biji" itu untuk menghilangkan penyakit daripada makan ubat untuk menghilangkan biji.




“Apabila seseorang itu berasa penat dan letih, pasti ada sesuatu yang tidak kena pada sistem tubuh mereka. Justeru, refleksologi adalah jawapannya kerana selain murah, ia juga diakui berkesan,” katanya.Pasti ada yang bingung memikirkan apa kaitannya urutan kaki dengan kesihatan sistem badan manusia. Sebenarnya, semua toksin yang tidak dapat dinyah keluar daripada badan berkumpul pada kaki, jadi apabila urutan dibuat, toksin akan mengalir dan keluar melalui sistem perkumuhan.
apabila teknik urutan kaki dibuat secara berkala misalnya seminggu sekali, kaki yang lenguh juga akan berasa lebih ringan.




FAKTA: Kelebihan refleksologi
  • Melancarkan pengaliran darah
  • Meningkatkan daya tahan individu
  • Mengurangkan risiko tulang reput
  • Menyeimbangkan kedudukan badan
  • Melancarkan pergerakan
  • Menguatkan otot kaki
  • Mengurangkan risiko kencing tidak lawas
  • Menguatkan tulang dan pinggul
  • Mengurangkan risiko sakit sendi
  • Mengurangkan rasa letih
  • Mengelak risiko sembelit
  • Mengurangkan masalah usus
  • Mengurangkan masalah pada bahagian peranakan

Kaki adalah anggota yang sangat kompleks, mempunyai 26 tulang, 57 sendi, 107 ligamen dan 19 otot. Jika berlaku sebarang kemalangan sehingga mencederakan tulang, sendi dan ligamen kaki, ia mampu memberi komplikasi kesihatan tubuh antaranya rasa lenguh pada lutut, tegang pada bahu dan masalah buang air besar. Malah, amalan dulu kala, wanita dalam pantang dinasihatkan supaya menjaga ibu jari kaki bagi mengelakkan berlaku tumpah darah.

Apa yang terjadi apabila toksin berlebihan berkumpul dalam badan?

Toksin yang berkumpul dalam badan boleh mengakibatkan tubuh berasa letih dan lemah. Mereka juga akan mudah dihidapi penyakit.

Bagaimana toksin terjadi?

Amalan memakan makanan segera, berlemak, zat pengawet, perisa tambahan, pewarna tiruan dalam makanan dan minuman.
Radiasi daripada alatan elektronik seperti komputer, telefon bimbit dan televisyen.
Merokok
Memakan buah-buahan atau sayuran yang diawet dengan bahan kimia
Memakan daging merah yang diawet atau disejuk beku.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 

Spaalternatif Copyright © 2012 Designed by Belldandy Fly